Sunday, July 20, 2008

The Verses in the Quran That Mention Future Events Which Later Came to Pass

One example of the events foretold in the Quran is the victory of the Romans over the Persians within three to nine years after the Romans were defeated by the Persians. God has said in the Quran:

The Romans have been defeated in the nearest land (to the Arabian Peninsula), and they, after their defeat, will be victorious within bedd’ (three to nine) years.... (Quran, 30:2-4)

Let us see what history tells us about these wars. A book entitled History of the Byzantine State says that the Roman army was badly defeated at Antioch in 613, and as a result, the Persians swiftly pushed forward on all fronts.1 At that time, it was hard to imagine that the Romans would defeat the Persians, but the Quran foretold that the Romans would be victorious within three to nine years. In 622, nine years after the Romans’ defeat, the two forces (Romans and Persians) met on Armenian soil, and the result was the decisive victory of the Romans over the Persians, for the first time after the Romans’ defeat in 613.2 The prophecy was fulfilled just as God has said in the Quran.

There are also many other verses in the Quran and sayings of the Prophet Muhammad that mention future events which later came to pass.

Thursday, July 10, 2008

Hadrat Jabir (Radhiallahu’anhu) narrated that some angels came the Holy Prophet (Sallallahu’alaihi wa Sallam) in such a condition that he was asleep. The angels said, “There is a similitude for this friend of yours ;therefore mention it ,” On this some of them said , “ He is asleep ,” While others said , “ His eye are closed but his heart is awakened,” Then the angels remark , “His similitude is like the person who built a house and sent a messenger to invite people on a feast in that house . Whosoever accepted the invitation , entered the house and partook from the feast . While whoever did not accepted the invitation, was neither able to enter the house nor to enjoy the feast.” Then some of the angels said, “ Explain it so that he (i.e . the Holy Prophet) may understand it” .On this some of them (again)said , “He is asleep while others said “ His eye are closed but his heart is awakened,” Then the angels explained, “The house means the Paradise (al-jannah) and the messenger is Muhammad (Sallallahu’alaihi wa Sallam) “Whosoever obeyed Muhammad ,(he actually) obey Allah ;and whoever disobeyed Muhammad (he actually) disobeyed Allah .(And ) Muhammad is the sign of distinction ( between the believer and a non-believer i.e. those who are obedient to him are the Believers while those are disobedient to him are the non-believer.

İman Etmeyenlerin Batıla Dayalı
religion,faith-revive,spiritual motivation
İman Etmeyenler Kendilerini Nasıl Kandırırlar?
Hadiths Concerning the Obedience to and the Following of the Holy Prophet (Sallallahu’alaihi wa Sallam) and his Successors (Khulafa)

Hadrat Abu Hurairah (Radhiallahu’anhu) narrated that the Holy Prophet (Sallallahu’alaihi wa Sallam) said, “Whosoever obeyed me ,(he actually) obey Allah ;and whoever disobeyed me (he actually) disobeyed Allah .(And whosoever obeyed my Amir (i.e. the ruler among the Muslims on the footsteps of the Holy Prophet ), (he actually) obeyed me and whoever disobeyed my Amir , (he actually) disobeyed me.”

Hadrat Abu Hurairah (Radhiallahu’anhu) also narrated (in a Marfu’ Hadith) that the Holy Prophet (Sallallahu’alaihi wa Sallam) said, “All my people (ummah) will enter the Paradise but those who rejected me. The person who obeyed me will enter Paradise while the one who disobeyed me is (like) one who rejected me .”

Tuesday, July 8, 2008




Pentingnya Akidah Kepada Umat Islam

Iman adalah harta yang sangat bernilai. Ia bukan sesuatu yang boleh diwarisi atau dijual beli. Ia adalah anugerah Allah yang patut disyukuri dan dipelihara. Kerana itulah, Nabi Yaaqub alaihissalam sekalipun bernasabkan para Nabi dan memiliki keturunan juga di kalangan para Nabi cukup bimbang akan keselamatan akidah anak cucu baginda. Ini diceritakan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 133 yang maksudnya:(Demikianlah wasiat Nabi Yaaqub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi!)Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaaqub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati? Mereka menjawab:Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan Maha Esa, dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).

Kerana akidah juga, para Nabi dan rasul sanggup menerima apa jua rintangan dan bebanan demi memperjuangkannya. Dari Nabi Adam alaihissalam hinggalah kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam semuanya telah berusaha memelihara akidah umat mereka agar tidak terpesong ke jalan sesat. Penghijrahan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dari Mekah ke Madinah umpamanya bertujuan untuk membentuk umat Islam yang baru berpegang kepada ajaran agama Islam.

Kepentingan akidah dan perjuangan mempertahankannya ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dari Abu Hurairah radiallahu anhu yang bermaksud:Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ditanya:Apakah amal yang paling utama? Rasulullah menjawab:Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Baginda ditanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab:Jihad fi sabilillah.

Akidah yang merupakan simpulan iman akan menyuntikkan semangat perjuangan, menyuburkan daya saing dan memupuk perpaduan di kalangan umat Islam. Ini kerana, iman yang tersimpul erat di dalam hati mendorong seseorang untuk berusaha, bekerja keras, melakukan kebajikan, membantu orang, membina kemajuan, menunaikan tanggungjawab, sanggup berkorban dan sebagainya demi mengaut seberapa banyak pahala kebajikan.

Umat Islam yang tidak mempunyai akidah yang kukuh akan mudah terpesong dan menyeleweng dari ajaran agamanya yang sebenar. Bukan itu saja, ia akan menjadi anggota masyarakat yang tamak kerana cintakan dunia, pengecut kerana takutkan manusia, liar kerana tiada pegangan, tidak jujur kerana tidak mengenal dosa dan membawa pelbagai lagi masalah dan kerosakan yang merugikan pelbagai pihak. Begitu juga segala pembangunan dan kemajuan yang dibina oleh umat Islam, jika tidak didasari oleh kekukuhan akidah,ia hanya akan membawa kepada pelbagai kekalutan di tengah-tengah masyarakat. Ini kerana, akidah adalah asas kepada kesejahteraan dan petunjuk dari Allah. Ini dijelaskan dalam fiman Allah subhanahu wataala dalam surah al-Anaam ayat 82 yang tafsirnya:Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah dan petunjuk.

Akidah juga adalah tunjang segala amalan dan benteng pertahanan yang kukuh daripada segala perkara yang merosakkan. Jika akidah seseorang itu tidak betul, maka segala amalan yang dilakukannya menjadi sia-sia belaka, manakala di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam api neraka.

FirmanAllah subhanahu wataala dalam surah al-Anbiyaa ayat 94 yang tafsirnya:Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.

Namun kepentingan akidah kurang diambil perhatian oleh sebilangan umat Islam masa kini.Mereka lebih bimbangkan nasib anak bangsa dan anak cucu mereka akan menjadi miskin harta dan tanah setelah mereka tiada nanti. Tetapi adakah ramai dari kalangan umat Islam yang bimbangkan nasib anak cucu mereka jika mereka miskin iman dan jiwa? Kita yang berada di akhir zaman ini, sepatutnya lebih bimbang lagi akan keutuhan akidah anak-anak kita. Kita patut insaf betapa pentingnya akidah dalam menentukan nasib dan maruah bangsa.

Sebagai umat Islam yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia dan keselamatan di akhirat,kita hendaklah menjadi masyarakat Islam yang memelihara dan menegakkan akidah dan syariat Islam. Bagi memelihara dan memperkukuhkan akidah pula ia hendaklah dibina atas dasar iman yang kukuh, dibajai dengan ilmu dan amal serta dipelihara dari dicemari oleh sebarang serangan anasir dan gejala penyelewengan dan kesesatan. Berdoalah di samping segala usaha yang lain dalam mempertahankan keutuhan akidah Islam. Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam daripada Ali radiallahu anhu yang bermaksud:Doa adalah senjata orang mukmin, tiang kepada agama dan cahaya kepada langit dan bumi.

(Riwayat al-Imam al-Hakim)

Monday, July 7, 2008

MANUSIA SENTIASA DIUJI DARI SETIAP PENJURU

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meringan-ringankan dan meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Friday, July 4, 2008

Perintah untuk fikir dan kukuhkan iman

Aali Imran - [190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

An-Nisaa [82] Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

Para Nabi dan Malaikat juga pernah bertanya Allah untuk memperkukuhkan iman dan agar tenang hati mereka:-

Al-Baqarah [260] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

A’raf [143] Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)

Al-Baqarah [30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya

Rebutlah keistimewaan bulan Rejab

"Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)


* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur dengan muka bercahaya.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH dan tidak ditolak dia dari masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali r.a :
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah swt
berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan KebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu denganmu".(dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah antara keistimewaannya dan
keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

P E R H A T I A N

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya kesemuanya ; laksanakanlah sebahagiannya DAN janganlah ditinggalkan semuanya
.

Tentang harta

Peringatan para ulama’ tentang hakikat harta :

Imam Ghazali rahmatullah berkata bahawa di dalam harta ada manfaat , ada juga mudarat .Umpamanya seperti ular yang mana sesiapa yang pandai menjinakkannya maka dia menangkapnya dan mencabut giginya yang berbisa itu lalu membuat penawar dari racunnya. Jika seseorang yang tidak pandai menjinak ular cuba untuk menangkapnya maka ular itu akan mematuknya dan ia akan binasa kerana bias tersebut. Seseorang itu akan selamat dari racun harta jika ia menjaga 5 perkara:

i.Memikir akan tujuan harta iaitu dengan tujuan apakah ia telah dijadikan supaya ia boleh memberi tumpuan pada tujuan itu sahaja.

ii. Menjaga dengan teliti cara mendapatkan harta supaya tidak tercampur dengan sesuatu yang tidak dibenarkan syariat .Contohnya hadiah yang mana mungkin ada unsur-unsur rasuah atau meminta-minta yang mendatangkan kehinaan.

iii.Menyimpan sekadar untuk keperluan yang diharuskan .

iv. Menjaga cara membelanjakan harta supaya tidak dibelanjakan ke atas sesuatu yang melanggar syariat.

v. Menjaga keikhlasan niat semasa mencari harta ,membelanjakannya dan menyimpan sekadar yang diperlukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Apa-apa yang disimpan dan digunakan juga dengan niat untuk memperolehi kekuatan mentaati perintah Allah swt. Apa-apa yang lebih dari keperluan harus dibelanjakan dengan perasaan hina terhadapnya dan bukan dengan perasaaan bahawa ia sesuatu yang besar dan mulia.

Jika memiliki harta dengan menjaga kesemua syarat-syarat yang tersebut maka ia tidak memudaratkan . Inilah sebabnya Hadrat Ali radhiallahu anhu telah berkata bahawa jika seseorang itu memiliki segala harta dari satu dunia semata-mata keran Allah swt (dan bukan kerana kehendak nafsu ) maka ia adalah seorang ahli zuhud. Dan seseorang yang tidak memiliki apa-apa pun bukan kerana Allah swt. (tetapi kerana sesuatu tujuan seperti cinta pada kemasyhuran dan kedudukan duniawi ) maka dia adalah seorang ahli dunia [Ihya’]

Telah dinyatakan dalam sebuah hadith bahawa harta adalah satu perkara yang baik dan manis jika dimiliki dengan cara hak dan dalam harta yang demikian diberi berkat baginya.

Sebuah hadith lagi menyatakan bahawa “ Betapa baiknya dunia ini sebagai tempat kediaman bagi seseorang yang menjadikan bekalan akhirat dan asbab untuk mendapat keredhaan Allah swt. Dan betapa burok dunia ini sebagi tempat kediaman bagi seseorang yang dihalangnya dari persiapan untuk akhirat dan ia cuai dari usaha untuk mendapat keredhaan Allah [Kanz]

Berkaitan Iman

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat." (QS Ibrahim: 24 - 25)

Sebagaimana yang telah kita ketahui, Islam adalah Ad Din yang berintikan iman dan amal. Jika iman (aqidah) itu ibaratkan "pohon"nya, maka dari pohon itulah keluar cabang-cabangnya. Dalam hal ini, cabang-cabang dalam Islam meliputi semua bidang kehidupan. Imam Syahid Hasan Al Bana menyebutkan hal ini dengan kalimah, "Islam adalah sistem yang menyeluruh yang menyentuh seluruh segi kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air, pemerintah dan umat, akhlaq dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, materi dan sumber daya alam, penghasilan dan kekayaan, jihad dan da'wah, pasukan dan pemikiran, sebagaimana ia adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih."

Iman dan amal atau dengan kata lain aqidah dan syariat tidak bisa dipisahkan satu sama lain. Keduanya ibarat buah dengan pohonnya. Setiap muslim tidak bisa hanya memiliki iman saja tanpa beramal, dan sebaliknya; atau hanya menjalankan syariat saja tanpa aqidah yang lurus, dan sebaliknya. Kedua-kedua musti dimiliki oleh seorang muslim. Masuklah kita ke dalam Islam secara kaffah [seluruhnya].

Iman atau aqidah terdiri dari 6 perkara (rukun iman):
1. Iman kepada Allah
2. Iman kepada alam ghaib
3. Iman kepada kitab-kitab-Nya
4. Iman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul-Nya
5. Iman kepada hari akhirat.
6. Iman kepada qadha dan qadar.

Intisari dari aqidah Islamiyah di atas adalah Tauhid kepada Allah, meng-Esakan Allah (Laa ilaha illallah). Yaitu mengakui bahwa tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah. Maksudnya, tiada tempat bergantung, tempat berdoa, tempat memohon, tempat berlindung, dan sebagainya, melainkan hanya kepada Allah semata. Kalimah Tauhid (Laa ilaha illallah) inilah yang termasuk kalimah dalam "kalimah yang baik" sebagaimana firman Allah dalam Al Qur'an surat Ibrahim ayat 24, "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,..."

Keseluruhan isi Al Qur'an adalah berbicara dari sudut pandang Tauhid. Bersumber dari tauhid ini lahirlah cabang-cabangnya yang berupa peraturan-peraturan yang mengatur hubungan sesama manusia, dan manusia dengan Tuhannya. Dalam semua bentuk peraturan ini tujuan utamanya adalah untuk memperkuat serta menanam tauhid terhadap Allah ke dalam hati setiap orang yang beriman

Pengertian Iman & Amal

Iman dan Amal – Pengertian

Iman mengikut pengertian syarak adalah keyakinan yang teguh dalam hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota tubo badan . Inilah yang dinamakan ketaatan; amal yang soleh dan perlakuan yang baik.

Seorang yang benar-benar beriman adalah mereka yang zahirnya sama dengan batinnya, mereka benar dalam keimanan dan ikhlas dalam melakukan amalan. Merekalah golongan ‘as-Sodiqun’ yang diperintah oleh Allah S.W.T agar kita sentiasa mendampingi mereka (bersahabat dengan mereka).

Oleh sebab tingginya kedudukan iman maka Allah S.W.T telah menjadikan iman itu sebagai syarat asas penerimaan terhadap sesuatu amalan yang dilakukan di mana tidak akan ada satu amalan pun yang akan diterima oleh Allah melainkan setelah adanya iman di dalam diri pelakunya.

Sesiapa yang mendakwa beriman dengan lidahnya tetapi iman itu tidak meresap ke dalam hatinya maka dia merupakan orang yang munafiq. Ciri-ciri munafiq itu ialah kata-katanya bercanggah dengan perbuatannya dan amalannya ketika di khalayak ramai dan ketika dia bersendirian serta apa yang dizahirkannya adalah berbeza dengan apa yang disembunyikannya.

Iman dan amal soleh adalah seiring. Iman tidak akan sempurna tanpa amal soleh di mana Allah telah menyebutkan perkara ini sebanyak 60 kali di dalam al-Quran.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Dalam Skop yang lebih luas :

Iman adalah kepercayaan atau tasdiq yang kukuh melalui pengucapan lidah dan keyaqinan dalam hati terhadap Allah, kepercayaan kepada Rasul, kepercayaan kepada Malaikat, kepercayaan kepada Kitab-kitab, kepercayaan kepada Hari Akhirat dan kepercayaan kepada Qada' dan Qadar, baik dan buruk daripada Allah s.w.t.

Iman juga disebut sebagai akidah yang teguh terhadap semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang tidak boleh diubah atau dipisah-pisahkan daripada keyakinan seseorang itu.

Pengertian iman dan akidah seperti yang disebut di atas adalah berdasarkan kepada kenyataan berikut:

Firman Allah SWT:


Maksudnya:

Maka sesiapa yang tidak percayakan kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan ( tali agama) yang kukuh teguh, yang tidak akan terombak (putus). Dan (ingatlah) , Allah maha mendengar lagi Maha Mengetahui .” (Al Baqarah : 256)

Sabda Rasullah SAW:

Maksudnya:

Iman ialah bahawa engkau beriman dengan Allah, kepada malaikat-Nya, kepada kitab-kitab-Nya,kepada Rasul-rasul-Nya, kepada Hari Qiamat dan hendaklah engkau beriman kepda Qadar yang baik dan buruk.
(Muslim dari Umar bin Al-Khattab)

Pengertian Iman bolehlah diambil kesimpulan bahawa
Tiada dikategorikan seseorang itu sebagai telah beriman dalam erti kata beriman dengan sebenarnya jika dia tidak menerima secara bersungguh atau hanya mempercayai sebahagian dari rukun iman dan menolak sebahagian yang lain. Sesiapa yang menolak sebahagian atau meragui sebahagian dari rukun Iman bererti dia seolah-olah menolak keseluruhan rukun iman


Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad) :” Sesiapa yang memusuhi Jibril, maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada dihadapannya (yang diturunkan sebelumnya) serta menjadi pertunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang beriman. Sesiapa yang memusuhi Allah (dengan mengingkari segala pertunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi malaikat-malaikat-Nya serta rasul-rasul-Nya,khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang yang ingkar.” (Al Baqarah : 97-98)

Iman dan aqidah bukan hanya sekadar percaya kepada rukun iman, tetapi iman dan akidah mesti lahir dalam bentuk amalan dan perbuatan.

Tidak timbul rasa keagungan, kekuasaan dan kebesaran Allah dalam jiwa seseorang itu kalau dia tidak mengenali sifat-sifat keagungan dan kebesaran serta kekuasaan Allah SWT