Peringatan para ulama’ tentang hakikat harta :
Imam Ghazali rahmatullah berkata bahawa di dalam harta ada manfaat , ada juga mudarat .Umpamanya seperti ular yang mana sesiapa yang pandai menjinakkannya maka dia menangkapnya dan mencabut giginya yang berbisa itu lalu membuat penawar dari racunnya. Jika seseorang yang tidak pandai menjinak ular
i.Memikir akan tujuan harta iaitu dengan tujuan apakah ia telah dijadikan supaya ia boleh memberi tumpuan pada tujuan itu sahaja.
ii. Menjaga dengan teliti cara mendapatkan harta supaya tidak tercampur dengan sesuatu yang tidak dibenarkan syariat .Contohnya hadiah yang mana mungkin ada unsur-unsur rasuah atau meminta-minta yang mendatangkan kehinaan.
iii.Menyimpan sekadar untuk keperluan yang diharuskan .
iv. Menjaga cara membelanjakan harta supaya tidak dibelanjakan ke atas sesuatu yang melanggar syariat.
v. Menjaga keikhlasan niat semasa mencari harta ,membelanjakannya dan menyimpan sekadar yang diperlukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Apa-apa yang disimpan dan digunakan juga dengan niat untuk memperolehi kekuatan mentaati perintah Allah swt. Apa-apa yang lebih dari keperluan harus dibelanjakan dengan perasaan hina terhadapnya dan bukan dengan perasaaan bahawa ia sesuatu yang besar dan mulia.
Jika memiliki harta dengan menjaga kesemua syarat-syarat yang tersebut maka ia tidak memudaratkan . Inilah sebabnya Hadrat Ali radhiallahu anhu telah berkata bahawa jika seseorang itu memiliki segala harta dari satu dunia semata-mata keran Allah swt (dan bukan kerana kehendak nafsu ) maka ia adalah seorang ahli zuhud. Dan seseorang yang tidak memiliki apa-apa pun bukan kerana Allah swt. (tetapi kerana sesuatu tujuan seperti cinta pada kemasyhuran dan kedudukan duniawi ) maka dia adalah seorang ahli dunia [Ihya’]
Telah dinyatakan dalam sebuah hadith bahawa harta adalah satu perkara yang baik dan manis jika dimiliki dengan cara hak dan dalam harta yang demikian diberi berkat baginya.
Sebuah hadith lagi menyatakan bahawa “ Betapa baiknya dunia ini sebagai tempat kediaman bagi seseorang yang menjadikan bekalan akhirat dan asbab untuk mendapat keredhaan Allah swt. Dan betapa burok dunia ini sebagi tempat kediaman bagi seseorang yang dihalangnya dari persiapan untuk akhirat dan ia cuai dari usaha untuk mendapat keredhaan Allah [Kanz]
No comments:
Post a Comment